Wednesday, April 27, 2011

[CERITA] Check-Up Terakhir di KK Parit Raja

Assalamualaikum.

Semalam kali terakhir saya buat check-up kat Klinik Kesihatan Parit Raja. Sebab hari Jumaat ni nak balik Klang dah, tunngu masa untuk bersalin dan berpantang sekali kat sana. So selagi tak bersalin, saya akan buat check-up kat KK Pelabuhan Klang la plak.

Kan orang selalu cakap yang nurse-nurse kerajaan ni bengis, suka marah, tak friendly. Sampaikan saya pun cuak gak masa mula-mula nak buat check-up kat KK. Tapi bila dah pergi, semua tanggapan tu berubah.

Sepanjang saya buat check-up kat sana, saya puas hati! Nurse nya sangatlah baik. Cakap sopan je, dan kalau kita tanya macam-macam diorang tak adalah nak marah-marah ke. 

Dan sepanjang mengandung ni, saya rasa mungkin dah 4-5kali nurse KK ni datang buat lawatan kat rumah. Kagum betul! Ingatkan bila dah bersalin je baru ada nurse datang check kat rumah, kan? Tapi kadang-kadang tu diorang datang time saya tengah masak la, mandi la, dan rumah pun tak berkemas lagi! Haish, malunya! Huhu. 

Bila dah masuk minggu-mingu akhir mengandung ni, asyik rasa cuak je. Cuak nak bersalin!! Aduyai, sakit tak? Huhu


KALAU BERMINAT BOLEH TEKAN YE:

Thursday, April 14, 2011

[CERITA] Check-Up Minggu ke-35

Assalamualaikum.

Semalam saya pergi Klinik Kesihatan untuk check-up baby. Kena pergi pagi semalam sebab nak jumpa doktor. Selalunya pergi yang petang punya je, sebab malas nak bersiap pagi-pagi. Hehe.

Sampai-sampai je semalam, dah ramai orang. Kerusi pun penuh. So memang lamalah kena tunggu giliran. Masa chcek dengan nurse, berat saya turun dari sebelum ni. Dua minggu lepas 71.5kg, tapi semalam 70kg!! Terkejut gak. Risau pun ada. Mungkin sebab saya dah tak mahu sangat makan nasi sejak minggu lepas. Pastu tekanan darah pun tinggi. Yang ni plak rasanya sebab tak cukup rehat, malam sebelumnya tu saya susah nak tidur.

Then bila jumpa doktor, dia kata tak apa kalau berat turun sikit. Tak ada apa-apa masalah. So barulah rasa lega sikit. And doktor check balik tekanan darah saya, dan resultnya OK. Bagus-bagus. Tak mahulah dapat darah tinggi. Saya tahu saya ada high risk untuk dapat hypertension ni, sebab mak saya pun ada. Huhu.

Disebabkan semalam menunggu giliran punyalah lama, saya pun borak-boraklah dengan orang sebelah saya. Dia kata perut saya kecik je! Eh, macam tak percaya plak. Rasa macam dah terlalu besar je perut ni. Nak diusung ke sana ke mari pun dah tak larat sangat. Mungkin sebab baju yang saya pakai semalam tu kot yang buat perut nampak comey lotey. =P

Ok cukup bebelan mama untuk hari ni. Jumpa lagi nanti. Daa... ^_^

Saturday, April 9, 2011

[CERITA] Ini Yang Pertama

Assalamualaikum.

Ini entry pertama untuk Blog Sweet Child. Kenapa saya buat blog ni? Sebab saya nak catatkan semua perkembangan anak kami yang bakal lahir bulan Mei nanti, InsyaAllah. Semua detail akan dicatatkan secara teliti di sini. Dari saat dia dilahirkan, sehinggalah dia membesar di depan mata kami. 

Selain daripada coretan atau bebelan dari saya, saya juga akan selitkan dengan info-info berguna yang saya dapat dari pembacaan. Sharing is caring, right? Oh ye, blog utama saya ada di sini: Blog Bardboo. So semua pengalaman hamil saya ada di blog utama tu. rajin-rajinlah menggodek ye? ^_^

Ok semoga berjumpa lagi dalam entri yang lain.

p/s: Saya ingin mengumpulkan link-link blog mama dan juga blogshop2 yang menjual barang baby. So jangan segan-segan untuk tinggalkan link di sini ye. Nak follow pun boleh. =)

SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA

Blog ini akan mencatatkan setiap perkembangan Izz Ammar, dari kecil sehingga besar. Kalau dah terpikat dengan Izz Ammar, kenalah jenguk-jenguk blog ini selalu ye. ^_^