Monday, May 21, 2012

[CERITA] Setahun Dah!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, anak Mama dah setahun dah. Cepat kan masa berlalu? Mama masih boleh bayangkan lagi saat2 mengandungkan dan melahirkan Ammar. Itu semua kenangan terindah buat Mama. Harapan Mama, semoga Ammar membesar dengan sihat dan menjadi seorang insan berguna. Jangan nakal2 ye sayang. Mama dan Papa sayang Ammar sangat2 tau!





Cerita tentang jamuan makan ada di Blog Bardboo..

Wednesday, May 16, 2012

[VIDEO] Main2 Makan Yogurt

Assalamualaikum.

Jom tengok video si Ammar ni duk makan yogurt sambil main2. Dia ada buat aksi gedik2 sikit. So jangan malu2 untuk tengok ye. Hehe. Happy watching!


Friday, May 11, 2012

[CERITA] Header Baru Untuk Blog Ammar

Assalamualaikum.

Blog Ammar dah berwajah baru sekarangni! Comel kan header tu? Dapat header tu secara percuma sebab Mama Ammar ni terlebih rajin mengomen di blog Ziefauzi. Bila dah ada header baru, terus tukar layout blog. Dan terus rasa nak update blog ni selalu. Tapi boleh percaya ke? Erm takpe, kita tunggu dan lihat. Hehe.

Yang kat bahagian bawah header tu, memang sengaja disuruh biarkan kosong je. So Mama la yang letak sendiri dua keping gambar tu. Nanti bila dah bosan, letak plak gambar lain. Kreatif kan? Oh tapi dengan ayat yang lain, kedekut nak keluarkan duit untuk tempah header lain! Hehe.

Wednesday, April 25, 2012

[CERITA] Hampir Setahun

Assalamualaikum.

11 bulan dah? Oh biar betul. Macam tak sangka je. Lagi sebulan dah masuk setahun dah. Huhu. Mama dah tak nak cakap dah'cepatnya masa berlalu', sebab rasanya tiap kali update blog Ammar ni, memang ayat tu la yang akan keluar. Tapi memang cepat betullah masa berlalu! Hehe.

Mesti ramai yang akan cakap Ammar dah boleh dapat adik dah. Memang Mama nak sangat bagi Ammar adik. Tapi ada beberapa perkara yang Mama kena fikirkan dulu sebelum tu. Bila perkara2 tu dah selesai, InsyaAllah. Huhu. Mama pun kesian gak tengok Ammar sorang2 je tak ada kawan. Kalau ada adik,tak adalah Ammar sunyi sangat kan? Huhu.



Kan dulu Mama sibuk sangat nak tunggu bilalah Ammar nak tumbuh gigi. Dan rupanya tak lama lepas Mama update entri yang INI, Ammar terus tumbuh gigi. Patutlah asyik meragam dan demam je. Ammar tumbuh dua gigi atas dulu. Dan sekarangni Ammar dah ada 4 batang gigi atas, dua batang gigi bawah.

Dan sejak dah masuk 10 bulan hari tu, Ammar memang rajin sangat bertatih. Ada jugaklah lepas beberapa langkah berjalan. Tak lama lagi rasanya mesti Ammar dah boleh berjalan betul. Aduhai, masa tu nanti memang Mama dan Papa asyik kena mengejar Ammar je la nampaknya. Huhu.


Sejak Ammar dah besar ni, Ammar tak berapa nak sangat dengan orang lain. Terutamanya orang Melayu. Kalau pergi ke rumah orang lain, Ammar asyik nangis2 je. Tapi kalau jumpa orang French, OK je plak Ammar ni. Haish, pilih bulu betullah. Kita orang Melayu la Ammar oi, bukannya mat salleh! Nak kena babap ni.

Oh ye, dua minggu lepas Papa bawak kita pergi bercuti kat Paris. Wah best betul Ammar ni ek, kecil2 lagi dah merasa pergi melancong kat Paris. Ammar baik je sepanjang kat sana. Tak meragam. Good boy! Lain kali kita boleh pergi melancong tempat lain lagi ye. Nanti Ammar bodek Papa tau. Hehe.



Dan sejak balik dari Paris tu, Mama tengok Ammar ni dah nampak makin bijak. Dah cepat belajar. Waktu2 macam ni la Ammar akan cepat tangkap segala apa yang ada di sekeliling Ammar, kan? SO Mama dan Papa kena banyak2 cakap dengan Ammar, dan tunjukkan contoh yang baik kat Ammar. Huhu.


Ok la ye, nanti2 Mama sambung lagi membebel di sini. Daa...

Wednesday, March 21, 2012

[CERITA] Anak Mama Dah 10 Bulan!

Assalamualaikum.

Alahai, kejap je rasanya. Sekarang ni Ammar dah sepuluh bulan dah! Memang cepat betul masa berlalu. Nanti lagi dua bulan Ammar dah setahun. Tiba2 rasa macam, "Eh biar betul?". Tapi memang betullah. Anak Mama ni tengah membesar dengan sihat dan kuat.

Hari tu Papa ada ukur tinggi dan berat Ammar. Secara kasarnya tinggi Ammar 71cm dan berat plak 10kg! Wah, bambam betullah Ammar ni. Patutlah Mama tak larat nak dukung lama2. Hehe. Sekarangni Ammar dah pandai main sorang2. Tapi mesti nak Mama ada dekat2 gak. Tak boleh pergi jauh2, nanti Ammar menangis. Huhu.
Ammar paling suka main puzzle nombor. Kalau main benda tu, memang khusyuk habislah. Lepastu Ammar suka belek2 buku cerita Ammar. Bukan setakat belek, siap masuk mulut gigit2 lagi! Buku pun dah tak serupa buku dah. Takpe la Ammar, asalkan Ammar ada tunjukkan minat kat buku. Itu dah cukup buat Mama.
Ammar masih lagi menyusu badan dengan Mama. Macam tak percaya je. Dulu risau gak kot2 susu Mama tak ada ke. Tapi Alhamdulillah, ada rezeki untuk anak Mama ni. Semoga susu badan ni dapat beri seribu kebaikan buat Ammar. =)
Nanti Mama sambung lagi celoteh Mama kat sini ye. Daa....

Thursday, March 15, 2012

[CERITA] Alkisah Minggu Lepas

Assalamualaikum.

Khamis lepas sampai Ahad pagi Ammar demam panas. Risau Mama dan Papa dibuatnya. Ammar asyik merengek-rengek je nak dekat Mama. Bila malam pun Ammar tak lena tidur. Asyik terjaga dan menangis. Tapi Alhamdulillah masa pagi Ahad tu Ammar dah sihat dah.
Tapi bila dah sihat, badan dan muka Ammar naik bintik2 merah plak. Lepas satu, satu masalah datang kan. Huhu. Dugaan je semua tu. Anak Mama nak membesar, kan? Lepas baik dari demam, Ammar nampak bertambah cerdik. Geram Mama tengok!
Bila Ammar dah sihat tu, baru Mama dan Papa berani bawak Ammar keluar. Plannya nak pergi ke Vide Grenier. Sekali tak ada la plak. Huhu. Tapi petang tu Papa bawak Ammar jalan2 naik 'motor' Ammar kat sekitar kawasan rumah kita. Vroommmm!!!!!!!!!!!!

Wednesday, February 29, 2012

[CERITA] Lebam Pertama Ammar

Assalamualaikum.


Ammar dah dapat lebam pertama Ammar semalam. Lebam di pipi. Sebabnya masa Mama tengah bagi Ammar makan, Ammar sibuk nak memanjat. Lepastu Ammar terjatuh dan terlanggar bucu meja, tak sempat Mama nak sambut. Huhu.

Bila tengok pipi Ammar dah lebam ni, Mama rasa bersalah sangat2. Kesian anak Mama ni. Tapi Papa kata tak apalah, budak nak membesar memang macam tu. Nasib baiklah Papa cakap macam tu. So senang sikit rasa hati Mama ni.

Tapi yang sedikit memusykilkan Mama, selalunya budak kalau lebam atau benjol selalunya di dahi. Tapi kenapa lebam Ammar mesti di pipi yang bambam itu? Alahai, dah tak dapat nak gomol2 pipi Ammar puas2, sebab takut Ammar sakit.


Monday, February 27, 2012

[CERITA] Anak Manja Papa

Assalamualaikum.

Ammar dah jadi anak manja Papa nampak gayanya sekarangni. Kalau time nak tidur, Papa kena ada kat sebelah  Ammar. Kalau Papa dah ada kat sebelah pun, kejap2 Ammar akan pandang untuk buat audit sama ada Papa ada lagi kat sebelah atau tak. Sabau jek la. Tak cukup dengan Mama yang tengah menyusukan dia tu, dia nak gak ada Papa kat sebelah. Haish, gigit kang baru tahu!

 


Sunday, February 19, 2012

[GAMBAR] Saat Baru Dilahirkan



[CERITA] 19 Februari 2012, Dan Ammar Dah 9 Bulan!

Assalamualaikum.

Sekali lagi blog Ammar terabai! Memang teruk betullah mama Ammar ni. Bila ditengok-tengok balik, untuk tahun 2011 cuma ada 14 entri! Hehe, sorry2. Ok, lepas ini akan cuba untuk fokus kat blog ni. InsyaAllah, semoga diberi kekuatan dan kerajinan. ^_^

Ok sekarangni Ammar dah 9 bulan. Sejak last entri diterbitkan, Ammar terus pandai merangkak dengan lajunya. Sekarangni dah sibuk berdiri nak bertatih. Agak2nya tak lama lagi Ammar dah boleh berjalan agaknya, kan? Nak memanjat pun hebat gak. Kang kalau dah jatuh baru tahu!



Tapi, Ammar tetap masih belum tumbuh gigi. Namun, ada hikmahnya jugak tu kan. Kalau tak habislah Mama kena gigit, terutama sekali masa tengah menyusukan Ammar. Boleh jadi trauma terus tu rasanya kalau Ammar dah pandai gigit2 nanti. Hehe.



Walaupun Ammar belum tumbuh gigi, tapi Ammar dah pandai cakap 'Ma' dan 'Allah'. Mama suka sangat dengar Ammar cakap perkataan2 tu. Tak sabar nak tunggu Ammar betul2 pandai cakap. Mesti Papa jeles kan sebab Ammar belum pandai cakap 'Papa' lagi? =P


SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA

Blog ini akan mencatatkan setiap perkembangan Izz Ammar, dari kecil sehingga besar. Kalau dah terpikat dengan Izz Ammar, kenalah jenguk-jenguk blog ini selalu ye. ^_^