Thursday, December 15, 2011

[CERITA] Sudah Hampir Tujuh Bulan

Assalamualaikum.

Maafkan Mama ye sayang. Sudah terlalu lama blog untuk Ammar ni Mama abaikan. Sebabnya Mama terlalu asyik dengan Blog Bardboo yang sudah berhosting sendiri itu. Mama sibuk cari theme, cari plugin, edit itu, edit ini. Sehinggakan Mama terlupa untuk bercerita di sini. Dan kalau kita tengok semula, entri yang terakhir adalah entri ini (Empat Bulan Sudah Berlalu)

Tapi tadi, Mama baru je edit blog khas untuk Ammar ni. Bagi blog ini berwajah baru dan ceria. Dan barulah datang semula mood untuk bercerita di sini. Harap-harapnya mood rajin Mama ni berkekalan lah. Sayang sungguh rasanya kalau setiap perkembangan Ammar tidak dicatatkan. Rugi yang teramat rugi juga jika gambar2 Ammar tidak diabadikan di sini. Jadi, biarlah Mama teruskan bebelan Mama di sini.


Ammar sekarang dah nak masuk tujuh bulan dah. Dah pandai berguling2 dengan laju. Dah pandai mara ke depan juga. Dah pandai angkat bontot punggung, goyang ke depan ke belakang, tapi belum merangkak lagi. Hehe. Tapi kalau letakkan barang jauh di depan Ammar pun, Ammar dah pandai dah untuk pusing2 dan ambil barang tu.

Kalau bab tumbuh gigi, Mama dah tawar hati dah menunggu. Sebabnya dah berbulan2 Ammar asyik masukkan tangan dalam mulut. Mama ingatkan gatal gusi dah, tapi sampai sekarang belum ada tanda gigi tu nak tumbuh. Tak apalah sayang. Mungkin Mama kena nikmati dulu saat2 Ammar tak ada gigi ni. Kalau tak nanti, mesti asyik kena gigit je. Huhu.



Kalau bab gelak dan bergurau, serahkan saja pada anak bujang Mama ni. Itu memang hobi kegemaran Ammar. Terutama sekali bila main2 dengan Papa, gelak sakan tak ingat dunia. Tapi bila bergurau dengan Mama, Ammar gelak gaya2 sopan gitu. Tak best ye main dengan Mama? Huhu. Apa-apa pun, anak Mama ni memang kuat senyum. Sebab tu Mama tengok muka Ammar makin lama makin manis....



Oh ye, sejak Ammar enam bulan, Mama dah bagi makan tau. Ceritanya ada di blog utama Mama tu (Klik SINI). Setakatni Ammar dah makan puree pisang, kentang, dan carrot. Nanti Mama dah nak start bagi Ammar makan bubur nasi pula.

Hah sekarang Mama nak buat sesi mengadu la. Ammar sekarangni dah semakin manja la sayang. Asyik nak Mama ada kat sebelah Ammar je. Kalau Mama bergerak ke dapur je, mulalah Ammar menangis. Kalau Ammar dah tidur di pangkuan Mama dan Mama letak ke bawah pun, Ammar akan menangis juga. Janganlah macam tu sayang, penat Mama. Makin lama makin cekeding dah badan Mama ni. Nanti orang kata Papa tak bagi Mama makan pulak. Huhu.


Erm, penat dah menaip. Mama nak stop dah ni. Nanti kita sambung bercerita lagi ye. Daa...

Monday, September 26, 2011

[CERITA] Empat Bulan Sudah Berlalu

Cepatnya masa berlalu. Tak sangka sudah empat bulan Mama bersama2 dengan Ammar. Satu perjalanan hidup yang sangat indah... ^_^

Terlalu cepat masa berlalu, sampai Mama tak sempat nak update blog khas buat Ammar ni. Haish, I'm so sorry honey.

Sekarangni kita dah duduk kat Perancis, temankan Papa sambung belajar. Bestlah Ammar kan, kecik2 lagi dah naik kapal terbang, dah merasa duduk kat negara orang. Bertuah betul anak mama ni!

Bila kita dah sampai kat Perancis ni, Ammar terus je nak direct feeding dengan Mama. Dah tak perlu lagi kena paksa2. Dan Mama pun tak perlu lagi nak mengepam susu setiap 3jam. Cuma bila kita nak keluar je baru Mama akan pam. Mama suka sangat bila Ammar dah nak direct feeding tau, sebab orang kata direct feeding ni lebih bagus.

Dan sekarangni pun Ammar dah pandai meniarap. Cuma Ammar ni malas sangat, kadang2 je baru nak meniarap. Ammar janganlah malas2 ye sayang. 

Erm, sekarangni mama tengok Ammar asyik masukkan jari dalam mulut je, air liur pun meleleh tak henti2. Sayang mama ni ah nak tumbuh gigi ye? Cepatnya! Kalau dah ada gigi nanti jangan gigit Mama tau, kalau tak Mama gigit Ammar balik!! Hehehe.. =P

Hah lagi satu, anak Mama ni dah pandai berdrama! Suka buat2 nangis kalau Mama dan Papa tak pandang dia. Bila pandang, terus sengih2 manja. Oh, dah nakal yer! Nak kena babab nie. Huhu..

Mama tak pastilah berapa berat Ammar sekarangni. Tapi yang pastinya Ammar dah bertambah semangat, pipi pun dah bertambah loyot. Sekali tengok macam pipi Sinchan pun ada. Hehe.






Haish, makin lama rasa makin cepat plak masa berlalu. Tapi apa2 pun, Mama bersyukur sebab Mam dapat jaga Ammar sendiri. Dapat tengok Ammar membesar depan mata Mama dan Papa. Semoga Ammar menjadi anak yang baik, InsyaAllah.. ^_^

Sunday, August 21, 2011

[CERITA] Izz Ammar Dah Tiga Bulan

Assalamualaikum.

Izz Ammar dah tiga bulan? Yup! Cepat betul masa berlalu kan. Sekejap je anak mama ni dah besar. Sekarangni Ammar dah pandai gelak2 besar. Comel sangat tengok dia gelak. Ni hah gambarnya:


Gambar ni diambil masa kitorang pergi makan2 kat Aroma Ikan Bakar, Jeram. Nenda taknak lepaskan peluang manja2 dengan Ammar. Sebab lepasni kan Ammar nak duk jauh. Dua tahun plak tu. Nanti bila balik Ammar dah besar dah. Dah boleh jalan, dah boleh cakap. Huhu. Video Ammar gelak2 pun ada gak. Tapi tak boleh nak upload ke blog, sebab mama tak pakai tudung dalam video tu. Hehe. Nanti bila ada video yang proper mama akan uploadkan yer.

Ammar pun dah pandai sangat pandang kamera. Eh memang dari kecik lagi pun Ammar dah ada kemahiran ni. Hehe. =P

Hari Rabu lepas mama n papa bawak Ammar pergi inject. Lagi sekali Ammar membuktikan kelakiannya sebab tak menangis! Hebatlah anak mama ni! Huhu. So sekarangni berat Ammar adalah 6.4kg. Aduyai, patutlah lenguh2 tangan mendukung kamu. Panjang plak tak tahu. Sebab nurse tu tak ukur. Nanti mama ukurkan yer.


Tengok tu, kan bam bam betul anak mama ni. Ramai yang geram dengan pipi Ammar tu. Makteh plak sibuk je cubit2 pipi Ammar. Tak baik, kan? Mama pun tak pernah cubit2 pipi Ammar. Gomol2 tu adalah. Hehe. =P


MAMA SAYANG IZZ AMMAR!!! ^_^

Tuesday, August 9, 2011

[CERITA] Alahai Anak Mama

Assalamualaikum.

Sekali lagi blog Izz Ammar terabai. Kesian blog ni, kan3x? Huhuhuhu..

OK sekarangni Ammar nak masuk 3 bulan dah. Sekajap je masa berlalu. Now Ammar dah tak nampak macam baby sangat dah la. Sebab Ammar dah besar. Lagipun Ammar ni pun memang jenis yang tinggi orangnya nanti ni.

Anak mama ni suka sangat senyum-senyum. Senyuman Ammar manis sangat2! Geram betul tengoknya. Baru agah sikit je, dia dah hadiahkan senyuman dia tu. Pemurah betul anak mama ni kan?

Kalau sebelum ni, Ammar memang jenis yang jarang menangis. Memang sangat2 susah nak dengar dia menangis. Kalau nak susu pun dia hanya merengek2 sikit, sambil kepalanya berpaling ke arah kiri/kanan untuk mencari ehem2 kesukaan dia tu. Huhu. Kalau malam pun macam tu. Ammar tak nangis bila nak susu. Tahu-tahu bila saya tersedar je, dia dah resah bergerak ke kiri ke kanan dan bila diberi susu, teurs nyot-nyot tak mahu lepas. Bila jadi macam tu, mama mesti rasa bersalah sangat sebab tak terjaga masa Ammar nak susu. =(

Tapi sejak beberapa hari lepasni, Ammar dah pandai nak menangis. Bila nak susu je, Ammar nangis. Kalau lambat bagi, lagi kuat Ammar nangis. Tapi bunyi nangis yang macam ngada-ngada tu. Geram mama tengok! Tu yang kadang-kadang mama lagi saja biar Ammar nangis. Sebab barulah dapat dengar suara Ammar. =)

Sekarangni kita dah tak duduk kat Pari Raja dah sayang. Kita dah pindah. Kejap kita duduk rumah Nenda, kejap lagi kita duduk rumah Opah sementara menunggu masa untuk kita ke Perancis. Ammar suka tak nak berjalan ke negara orang? 

Masa kita kat Parit Raja dulu, mama dan papa ada bawak Ammar pergi ambil gambar pasport. Time tu Ammar belum pandai nak meragam lagi. So senang je nak ambil gambar tu. Ni hasilnya:


Tapi semalam masa nak ambil visa semalam, Ammar tak bagi kerjasama la sayang. Ammar asyik tunduk bawah je. Pipi tu berat sangat yer? Hehe. Ammar asyik pandang2 bawah macam orang pemalu je. Tapi bak kata Nenda, "Ammar bukan pemalu, tapi beriman" Semoga termakbullah doa Nenda untuk Izz Ammar ni. =)

Ok, mama nak sign out dah dari blog ni. Nak mencari toys untuk Ammar plak. Kesian Ammar belum ada toys lagi. lagipun sekarang mama dah tahu password dan id papa. Bolehlah mama shopping barang2 Ammar secara online! =P

Saturday, July 23, 2011

[GAMBAR] Sesi Mencukur Rambut

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsikan koleksi gambar semasa Ammar dibotakkan. Sebenarnya tak dirancang pun benda ni. Tapi masa saya dah habis pantang, bila bangun pagi je tiba-tiba Bonda cadangkan untuk botakkan rambut Ammar, buat sendiri-sendiri je. Antara ahli keluarga saya, dan tak ada jemput orang lain. Lagipun kitorang cuma buat pulut kuning je sikit. So inilah antara koleksi gambar untuk acara hari tu. (2 Julai 2011)

Ammar yang masih berambut. Saya suka sangat tengok gambar ni, tak tahulah kenapa.

Comel je Ammar dengan aksi ni. Hehe.

Sesi membotakkan Ammar baru bermula

Papa orang first yang cukur rambut Ammar.

Lepastu Pakngah plak.

Dan last sekali Pakcik.

Ammar dah botak!

Tertidur kepenatan. Cian anak mama. Bila dah botak ni nampak maik bulatlah! Hehe

Wednesday, July 20, 2011

[CERITA] Izz Ammar Dah Dua Bulan

Assalamualaikum.

Cepatnya anak mama membesar! Pejam celik pejam celik, dah masuk dua bulan dah. Semalam bawak Ammar pergi Klinik Kesihatan, untuk inJection 2 bulan. Kitorang sampai kat KK dalam pukul 8 pagi, dan orang dah ramai! Aduyai, terpaksalah menunngu lama. Tengok ni, Ammar sampai mengantuk tunggu giliran dia. Hehe.


Perkembangan terbaru Izz Ammar: berat 5.7kg, dan panjangnya plak 62cm!! Wah, Ammar ni memang jenis orang yang tinggi rasanya nanti. ^_^

Masa kena inject plak, Ammar boleh relax je. Tak nangis langsung! Nurse pun pelik. Hehe. Bila keluar dari bilik tu dia boleh siap senyum2 lagi. Iskh anak mama ni memang kuat la!

Bila sampai je rumah, terus menyusukan Ammar. Then baru bagi dia ubat demam, dan sambung balik menyusu sampai Ammar tertidur. Cian anak mama kena cucuk ye. 


Monday, July 18, 2011

[GAMBAR] Hari2 Pertama Izz Ammar

Assalamualaikum.

Yang ni gambar masa betul2 baru lahir. Gambar diambil kat dalam labour room Pusat Bersalin Barakah

Ni pula gambar bila dah ada dalam wad

Ammar bersama Nenda & Khalisha. Ni hari kedua dah.

Ammar & Khalisha

Ammar tengah menangis2 manja! Hehe..

Izz Ammar bersama mama. Mama sayang Ammar sangat2!! ^_^

Friday, July 15, 2011

[CERITA] Itu Ini Begitu Begini

Assalamualaikum.

Sekarangni baby Izz Ammar nak dekat dua bulan dah. Cepat betul anak mama ni membesar. Suka sangat-sangat, sebab Ammar membesar di depan mata sendiri. Banyak sebenarnya nak cerita kat blog ni, tapi idea nya bersepah-sepah, malas nak kutip balik. Hehe. So untuk entry ni saya just nak catat perkembangan terbaru Izz Ammar.


  • Ammar dah makin debab dam bam. Kalau angkat dia memang terasalah semangatnya. Tulangnya dah la keras sungguh. Bila pegang lama-lama, sakit tangan saya dibuatnya.
  • Ammar dah pandai nak hisap jari, atau lebih tepat lagi tangan! Sebab satu tangan tu dia nak masukkan dalam mulut. Habis basah-basah sarung tangan.
  • Kalau time dukung dia plak, dia akan hisap tangan kita. Alahai anak mama ni. Kotorlah sayang, banyak kuman. Huhu.
  • Sekarangni Ammar lebih suka dibedung masa tidur. Kalau bedung, lagi lelap dia tidur. Masa dalam pantang dulu, Ammar cukup marah bila dibedung. Tapi sekarang dah ok dah.
  • Ammar lebih banyak direct feeding sekarangni berbanding masa dalam pantang dulu. Kalau dulu, macam nak bersilat pun ada time nak menyusukan dia. Sebab dia memang menolak sakan. Agaknya dia tak suka kot dengan bau minyak dan jamu. Hehe.
  • Kalau papa yang tidurkan Ammar, Ammar akan tidur berjam-jam. Tapi kalau mama yang tidurkan, Ammar hanya tidur setengah jam!! Waa, sebab tu kadang-kadang tak sempat nak masak bila papa pergi kerja. 
  • Ammar dah pandai senyum-senyum dan ketawa bila orang agah-agah dia sekarangni. Bila Ammar senyum, comel sangat! Rasa nak picit2 je pipi dia yang bulat meloyot tu. Huhu.
  • Ammar dah pandai main jelir-jelir lidah gak. Nanti saya upload video dia ye. =)
  • Lagi satu, Ammar dah pandai respond kat kamera. Bila kita nak ambil gambar or video, pandai je dia pandang tepat kat kamera or handphone.
  • Ammar sangat JELES kalau mama dia menghadap laptop or handphone time dia tengah jaga. Mesti dia akan merengek ek ek ek. Bila saya pandang dia je, terus dia senyum! Haish, babap kang baru tahu!
  • Saya dah pakaikan Ammar dengan cloth diaper (CD) sekarangni. So bontot Ammar jadi bertambah comel dipandang. Haha.
Ok meh kita tengok gambar Ammar sikit ye:
Ammar jelir lidah!

Ammar buat aksi seksi!

Amamr bersama CD Optimus Prime!

Ammar tertidur lena masa kitorang pergi beli barang dapur

Senyuman Ammar dan papa yang sangat mahal! Oh sila abaikan barut gantung bunga2 yang dipakai Ammar. Hehe






Monday, June 27, 2011

[CERITA] Izz Ammar Dah Sebulan

Assalamualaikum.

Blog ini terabai lagi. Apakan daya, mama masih lagi dalam pantang. Tengah menunggu hari nak merdeka je ni. Huhu.

Patutnya entri ni dibuat sepuluh hari yang lalu, sebab sekarang Ammar dah sebulan sepuluh hari. Ahh tapi kira dimaafkan lah yer? Hehe.

So seperti biasa, baby mesti kena inject bila dah sebulan kan? So Isnin lepas saya, Bonda, dan Kakteh bawaklah Ammar pergi Klinik Kesihatan Port Klang. Papa tak dapat ikut, sebab papa ada kat Johor bekerja.

Masa jumpa nurse kak KK tu, nurse tu tak percaya yang Ammar ni baru sebulan, sebab Ammar nampak besar. Yelar, masa Ammar baru lahir pun memang dah besar, dengan berat 3.55kg, dan panjang 57cm. Untuk sebulan plak, berat Ammar dah 4.8kg dan panjang 58cm.

Kalau ditengokkan si Ammar ni, memang rasa dia bukan macam baby baru sebulan. Baru angkat sekejap pun dah terasa lenguh tangan ni. Lagi satu, badan Ammar kuat sangat-sangat. Memang tulang padu lah anak mama ni kan? =)

Dan bila kena inject, wah meraung sakanlah Ammar! Kuat betul suara dia. Sampai keluar dari KK pun dia still lagi menangis. Alahai anak mama ni, tak rock lah! Hehe. Tapi sedih gak dengar dia menangis kena inject. Tapi itu semua untuk kebaikan dia gak, kan?

So kita tunggu plak turn untuk injection dua bulan. Oh ye, meh kita tengok gambar yer....

Ni masa Ammar 27 hari. Terpaksa pakaikan barut gantung sebab badan dia penuh dengan ruam-ruam. Kan cuaca panas sekarangni.

Owh Ammar is so sexy!! Jangan ada yang tergoda ye. Haha

Ammar pandang Khalisha dengan muka pelik.

Ammar dengan posing maut

Dan inilah dia wajah terbaru Ammar. Lebih banyak ikut muka papa. Cuma kening je yang ikut mama. Huhu. 

Tuesday, June 14, 2011

[CERITA] Mari Membebel

Assalamualaikum

Lamanya blog ni terbiar kan? Padahal Ammar dah 27hari dah hari ni. Tapi disebabkan saya tak dapat nk online guna laptop lama2 (nanti kena marah..hehe..) dan nak update guna handphone sangatlah mencabar kesabaran, so blog ni pun trbiar macamtu je..kesian gila..huhu...


So apa cerita Ammar sekarangni? Ammar dah membesar dengan sihat dan kuat. Masa sepuluh hari, berat dia 3.7kg. Masa 20hari plak, berat dah 4.5kg! Cepat kan berat badan Ammar naik?

Ammar memang kuat menyusu. Tapi tiap kali menyusu, dia akan yak. Kadang2 tu tengah menyusu pun dia boleh yak. Senang cerita masuk atas keluar bawah. Hehe. Berapa kali dia yak sehari pun rasanya dah tak terkira. Memang banyak kali! Orang kata bayi yang minum susuibu memang kuat yak sebb susu ibu senang hadam. Tapi bila dia yak bnyak2 kali, kita pun jadi risaulah. Sampai bontot dia merah2. Huhu, cian anak mama...

Lagi satu, Ammar ni kuat kentut. Entah perangai siapalah yang dia ikut ni. Hehe. Tapi bagus gak dia kuat kentut. Sebab sampai sekarang Ammar tak pernah lagi kembung perut. Alhamdulilah..

Eh penatlah taip guna handphone ni..lain kali la sambung cerita k.

Sunday, June 5, 2011

[CERITA] Alhamdulillah..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki 19 Mei 2011 lepas. Tapi baru hari ni ada kesempatan nak update di blog khas untuk dia ni. Kalau di blog utama (Blog Bardboo) tu, memang awal-awal lagi saya dah update.

So inilah dia putera hati kami:
Kami namakan dia IZZ AMMAR. Lahir tepat pukul 10.54pagi dengan berat 3.55kg, panjang 57cm. Alhamdulillah semuanya selamat walaupun saya terpaksa bertapa di labour room almost 11jam sebelum dapat mengeluarkan baby kami yang bam-bam ini. Hehe.

Rasanya banyak sangat benda yang nak diceritakan mengenai Ammar ni. Tapi biar saya ambil mood dulu ye. Nanti akan di update lagi secara detail. Daa... ^_^

Wednesday, April 27, 2011

[CERITA] Check-Up Terakhir di KK Parit Raja

Assalamualaikum.

Semalam kali terakhir saya buat check-up kat Klinik Kesihatan Parit Raja. Sebab hari Jumaat ni nak balik Klang dah, tunngu masa untuk bersalin dan berpantang sekali kat sana. So selagi tak bersalin, saya akan buat check-up kat KK Pelabuhan Klang la plak.

Kan orang selalu cakap yang nurse-nurse kerajaan ni bengis, suka marah, tak friendly. Sampaikan saya pun cuak gak masa mula-mula nak buat check-up kat KK. Tapi bila dah pergi, semua tanggapan tu berubah.

Sepanjang saya buat check-up kat sana, saya puas hati! Nurse nya sangatlah baik. Cakap sopan je, dan kalau kita tanya macam-macam diorang tak adalah nak marah-marah ke. 

Dan sepanjang mengandung ni, saya rasa mungkin dah 4-5kali nurse KK ni datang buat lawatan kat rumah. Kagum betul! Ingatkan bila dah bersalin je baru ada nurse datang check kat rumah, kan? Tapi kadang-kadang tu diorang datang time saya tengah masak la, mandi la, dan rumah pun tak berkemas lagi! Haish, malunya! Huhu. 

Bila dah masuk minggu-mingu akhir mengandung ni, asyik rasa cuak je. Cuak nak bersalin!! Aduyai, sakit tak? Huhu


KALAU BERMINAT BOLEH TEKAN YE:

SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA

Blog ini akan mencatatkan setiap perkembangan Izz Ammar, dari kecil sehingga besar. Kalau dah terpikat dengan Izz Ammar, kenalah jenguk-jenguk blog ini selalu ye. ^_^