Wednesday, March 21, 2012

[CERITA] Anak Mama Dah 10 Bulan!

Assalamualaikum.

Alahai, kejap je rasanya. Sekarang ni Ammar dah sepuluh bulan dah! Memang cepat betul masa berlalu. Nanti lagi dua bulan Ammar dah setahun. Tiba2 rasa macam, "Eh biar betul?". Tapi memang betullah. Anak Mama ni tengah membesar dengan sihat dan kuat.

Hari tu Papa ada ukur tinggi dan berat Ammar. Secara kasarnya tinggi Ammar 71cm dan berat plak 10kg! Wah, bambam betullah Ammar ni. Patutlah Mama tak larat nak dukung lama2. Hehe. Sekarangni Ammar dah pandai main sorang2. Tapi mesti nak Mama ada dekat2 gak. Tak boleh pergi jauh2, nanti Ammar menangis. Huhu.
Ammar paling suka main puzzle nombor. Kalau main benda tu, memang khusyuk habislah. Lepastu Ammar suka belek2 buku cerita Ammar. Bukan setakat belek, siap masuk mulut gigit2 lagi! Buku pun dah tak serupa buku dah. Takpe la Ammar, asalkan Ammar ada tunjukkan minat kat buku. Itu dah cukup buat Mama.
Ammar masih lagi menyusu badan dengan Mama. Macam tak percaya je. Dulu risau gak kot2 susu Mama tak ada ke. Tapi Alhamdulillah, ada rezeki untuk anak Mama ni. Semoga susu badan ni dapat beri seribu kebaikan buat Ammar. =)
Nanti Mama sambung lagi celoteh Mama kat sini ye. Daa....

Thursday, March 15, 2012

[CERITA] Alkisah Minggu Lepas

Assalamualaikum.

Khamis lepas sampai Ahad pagi Ammar demam panas. Risau Mama dan Papa dibuatnya. Ammar asyik merengek-rengek je nak dekat Mama. Bila malam pun Ammar tak lena tidur. Asyik terjaga dan menangis. Tapi Alhamdulillah masa pagi Ahad tu Ammar dah sihat dah.
Tapi bila dah sihat, badan dan muka Ammar naik bintik2 merah plak. Lepas satu, satu masalah datang kan. Huhu. Dugaan je semua tu. Anak Mama nak membesar, kan? Lepas baik dari demam, Ammar nampak bertambah cerdik. Geram Mama tengok!
Bila Ammar dah sihat tu, baru Mama dan Papa berani bawak Ammar keluar. Plannya nak pergi ke Vide Grenier. Sekali tak ada la plak. Huhu. Tapi petang tu Papa bawak Ammar jalan2 naik 'motor' Ammar kat sekitar kawasan rumah kita. Vroommmm!!!!!!!!!!!!

SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA

Blog ini akan mencatatkan setiap perkembangan Izz Ammar, dari kecil sehingga besar. Kalau dah terpikat dengan Izz Ammar, kenalah jenguk-jenguk blog ini selalu ye. ^_^